PROSES BASE LEARNING(PBL)



Pada hari ini ,Pkg Tg Ipoh telah mengadakan bengkel PBL .Seramai 15 orang guru dari 7 buah sekolah telah mengambil bahagian.Gambar pertama menunjukkan pementangan PBL dari SK Yamtuan Hitam .Guru-guru sangat berminat dan bersemangat tinggi melaksanakan PBL dalam matapelajaran khasnya Sains dan Kajian Tempatan.Syabas! diucapkan kepada guru-guru kawasan Tg Ipoh yang telah berusaha untuk melaksanakan PBL.


Gambar kedua pula menunjukkan pegawai PPD Tuan Kamanizam bin Hj Tindek sedang memberi ucapan.Beliau berharap guru-guru dari kawasan Tg Ipoh akan mengaplikasikan PBL dalam proses p&p.Beliau juga berharap PBL ini akan berkembang di kalangan semua sekolah kawasan Kuala Pilah.Semoga harapan beliau akan menjadi kenyataan.Kami di PKG Tg Ipoh juga sangat berharap supaya PBL ini diteruskan oleh semua ahli sekolah kerana ia sejajar dengan konsep KSSR dan KSSM.Kami di pkg sangat berterima kasih kepada Pn Anita dan En Shahrizan yang merupakan Fasilator PBL dari BTPNNS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda